Friday, 25 October 2013

BESTNYE KOLAGEN POWDER SHAKLEE!!!

Apa itu Kolagen ?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini. Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik. Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
FUNGSI KOLAGEN
  • menghasilkan asid amino  penting seperti : Lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin : memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin  : menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin  : memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
TANDA TANDA PENUAAN
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan
KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN
  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya meleBmbapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
Jom kita amalkan kolagen shaklee..bukan sahaja untuk cantik semata..tetapi juga untuk kesihatan dalaman..mengelakkan raut wajah dan badan kita nampak tua sebelum usia...
Untuk tahu dengan lebih lanjut lagi, jangan malu2 untuk call@sms kb ok..whatsapp pun boleh...<3

KELEBIHAN ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Shaklee merupakan syarikat pertama yang menciptakan makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul. Energizing Soy Protein (ESP) ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis. Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
 APAKAH MANFAAT UTAMA ESP?
  • Awet Muda :- Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon :- kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk Prostat :- Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja :- meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga :- membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi :- membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • Membaiki Memori :- meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.
APAKAH KEPENTINGAN PROTIN? Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian. APA ITU ASID AMINO? Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia. Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya. RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang) 
  • Liver (penyakit hati) 
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah) 
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah) 
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil) 
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus) 
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh) 
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar) 
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik) 
  • Irritability (Badan menggeletar) 
  • Fatigue (Letih lesu) 
  • Weakness (Lemah) 
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan) 
  • Prolonged period of time mental retardation (Terencat akal) 
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
SIAPA YANG MEMERLUKAN ESP?
  • Ibu menyusu
  • Ibu hamil
  • Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan
  • Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan
  • Mereka yang mengalami masalah kesuburan
  • Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 di badan)
  • Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan 
  • Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus
  • Wanita yang inginkan payudara anjal 
  • Sesuai untuk kanak2 sehinggalah warga emas.
Jadi, anda adalah kategori yang mana?? anda memerlukan esp?? sudah cukup protin di dalam badan anda?? jom dapatkan esp dengan harga yang sangat menarik..pm saya segera.. kb 0172877675 @ whatsapp 0196865631